Tuesday 2 June 2015

TIPS GENTLE BIRTH #3: PROGRAMMING



Selepas kita dah doa secara spesifik & menuntut ilmu gentle birth dengan cara berguru barulah kita buat programming ke dalam minda bawah sedar

Kenapa kena berguru bukan pembacaan semata-mata??
Supaya jika ada yang tak faham ada seseorang yang arif untuk dirujuk

Ilmu yang biasa ditekankan antaranya adalah dari segi pemakanan untuk menguatkan rahim & membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk ibu & tumbesaran bayi, senaman yang perlu untuk persediaan kelahiran yang memerlukan tenaga yang banyak, cara membantu bayi turun dengan tenang, cara membekalkan oksigen yang mencukupi sehingga baby selamat keluar & banyak lagi

Ilmu ini akan meletakkan mommies pada risiko yang sangat rendah untuk mengalami sebarang komplikasi

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah
Jadi kalau dah ada ilmu nanti kenalah follow betul2 ya
Jangan makan main hentam saja, senaman malas nak buat

Okay
Then selepas faham jelas ilmu yang dituntut mommies boleh mula buat programming
Buat setiap kali sebelum tidur
Tontonlah video gentle birth yang mommies idamkan
Contoh mommies nak bersalin di hospital yang support gentle birth dalam suasana yang tenang
Jadi carilah video yang suasananya bersalin di hospital dalam keadaan mummy tu melahirkan bayi dengan tenang & mudahnya
Semasa tonton video itu bayangkan anda di tempatnya & boleh rasa saat kelahiran tu
Rasa nak nangis terharu ke, syukur ke nangis je
Lagi anda boleh rasa lagi bagus impaknya

Cara ini akan mengaktifkan sel2 semasa kita tidur juga & menyimpan memori dalam otak untuk menjadikannya realiti

Ilmu ni saya belajar masa menghadiri program rahsia kuasa minda bersama Dr. Hj. Azizan Osman

Alhamdulillah walaupun ilmu saya tak tinggi mana
Tak belajar medic sampai bertahun-tahun
Tapi ilmu yang sedikit ini sangat2 membantu proses kelahiran Ammar secara fitrah



#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

#villagemom
#gentlebirth
#homebirth
#breastfeeding
#breastpump

No comments:

Post a Comment