Saturday 27 December 2014

MENGHAFAL QURAN DARI BAYI

      Syukur ya Allah kerana mengizinkan saya menghadiri SEMINAR MENGHAFAL QURAN DARI BAYI anjuran Islamic Parenting Network. Seminar ini membuka mata saya tentang kepentingan mengajar anak mengaji sedari bayi lagi. Seawal usia anak dari lahir hingga berusia 6 tahun dia banyak menggunakan otak kanan yang akan menyimpan memori dalam jangka masa panjang tapi pabila dia makin dewasa dia akan mula menggunakan otak kiri yang hanya dapat menyimpan memori dalam masa yang singkat. Sebab itulah kita boleh ingat lagi apa yang kita belajar masa kecil berbanding apa yang kita belajar di universiti.
      
         Al-quran penerang hati. Bila kita ajari sedari bayi ia akan meresap dalam ke jiwa anak2 & mudah untuk kita membina peribadi mereka yang mulia. Mereka akan mudah belajar perkara lain selepas jiwa mereka diterangi dengan ayat suci al-quran.

     Mashaallah cuba bayangkan kita hanya perlu bersusah payah masa dia kecil tapi bila meningkat dewasa hidup kita jadi senang lenang!!! Bak kata pepatah "meluntur buluh biarlah dari rebungnya". Kelebihan mengajar quran masa kecil adalah ia mudah diserap ke dalam otak mereka berbanding bila mereka berusia selepas 6 tahun & merek hanya menerima tanpa banyak soal. 

     Cer bayangkan kita hanya mula hantar anak ke sekolah tahfiz pada usia 11 tahun untuk dia hafaz quran. Tak semua dalam usia itu dengan rela hati menerimanya. Sebab itulah anak akan mula membuat masalah kerana tanpa kerelaannya.

    Sebab itulah saya rasa makin bersemangat untuk mula mengajar sendiri anak saya menghafaz quran sedari bayi. Selepas tamat seminar saya terus membeli set modul lengkap untuk mengajar anak mengaji. Target saya pada usia anak2 saya mencecah 6 tahun mereka sudah pun menghafal surah2 pendek & surah2 pilihan & jika diizinkan Allah dapat menghafal seluruh ayat suci Al-Quran, Inshaallah.  

   Kitalah sebagai ibu bapa yang akan mencorakkan masa depan anak kita. Programkan dia dari awal apa yang dia akan jadi bila dewasa kelak. Bukan atuk nenek, guru atau pun takdir. Allah takkan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri. Lets journey begin!!!