Tuesday 15 July 2014

TAHAJUD YANG DISYUKURI

Assalammualaikum mommies!!!

Tika saya menaip entri ini jam menunjukkan jam 3.20am. Saya menaip sambil mengepam susu. Al maklumlah dah pandai buat freestyle cara kreatif walaupun bukan guna Medela Freestyle. Hehehe... Alang2 mata masih segar bugar tu yang semangat nak mengepam buat stok untuk Khamis malam ni. Saya terpaksa tinggalkan Aliya dalam masa 5 jam untuk pergi menuntut ilmu & fokus dalam kelas. Hari tu masa bawak dia sekali haru biru jadinya memang lari fokus habis!!! Jadi kali ni guru dah pesan siap2 anak tolong setelkan. maksudnya takyah bawak lagi la tu...huhuhu.... Mungkin minta tolong jiran jagakan kejap. Harap2 ada yang sudi bantu. Amin....

Sekitar jam 10pm saya dah tertidur tadi tapi terjaga jam 12am. Saya terus rasa nak menangis & sepanjang solat tadi saya menangis dengan sepenuh hati. Sejak balik program TTT anjuran Richworks bulan April lepas saya rasa berkobar-kobar nak bangun solat tahajud. Mana taknya sepanjang 6 hari dalam program tu kami kena bangun seawal jam 4 pagi untuk solat tahahjud. Rasa indah sangat moment tu. Tapi sejak balik tu asyik tak terjaga je. Bila set alarm mesti tak dengar atau kalau dengar pun mata rasa berat sangat nak buka. Entah hari ni jaga2 je mata terus segar & saya rasa excited sangat nak buat solat tahajud. This is moment yang saya rasa nikmat betul2 ketika solat tahajud. Ya Allah rasa happy & tenang sangat!!!

Isnin depan, 21/07/2014 pertama kalinya saya diundang menjadi penceramah dalam program "MY LIQUID GOLD" anjuran KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM INTAN KAMPUS WILAYAH SELATAN di Kluang, Johor. Luckily tu kampung suami saya jadi sambil berceramah boleh jumpa parents sekali. yeay!!! Hadirin yang hadir nanti hampir 200 orang. Dup dab dup dap rasa nak bercakap di hadapan ratusan manusia sebab selama ni seminar saya hanya dalam puluhan orang je. Harap2 mereka tak bosan dengar saya bercakap nanti...I'allah saya akan pastikan mereka tak tidur sepanjang ceramah berlangsung. Saya akan buat sama macam peserta dalam seminar saya. Siapa yang dah pernah pergi boleh tanya mereka sempat tidur tak selama 6 jam tu..Hehehe....

Sebenarnya peserta seminar saya batch ke-2 yang menjadi pengurus projek ni. Ya Allah rasa tak sangka sangat dipilih sebagai penceramah jemputan. Terharunyer!!! Beliau dapat idea ni sebab ramai peserta kursus yang telah berkahwin, mengandung & sedang menyusukan anak. Tapi ramai daripada mereka yang belum mendapat kesedaran tentang kepentingan penyusuan ni. Masa beliau datang seminar saya beliau rasa semakin yakin untuk menyusukan anak hingga 2 tahun. Sebab tulah beliau nak rakan2 yang lain juga turut sama mendapat keyakinan sedemikian, Masa yang diberikan untuk saya berkongsi ilmu hanyalah 1 jam setengah!!!! Jadual kursus sangat padat jadi tu jelah masa yang saya ada untuk berkongsi. Saya cam blur kejap nak cakap apa nanti sebab biasanya seminar saya makan 6 jam!!!! Alhamdulillah lepas habis solat tahajud tadi saya dapat ilham. Honestly, dalam masa 1 jam setengah sukar bagi saya nak kongsikan bab teknikal. Jadi saya nak lebih tekan kan bab luar daripada teknikal especially untuk membina keyakinan & semangat mereka untuk menyusukan anak masing2. Saya juga akan tekankan tentang kebaikan susu ibu berbanding susu formula, sikap bayi di awal kelahiran, apa yang bayi cuba sampaikan & sedikit tentang bagaimana nak tingkatkan susu tapi tak terperinci macam dalam Ebook. Kalau detail sampai buka puasa pun tak habis...waktu dia bagi 4pm - 6pm.. Kalau terlebih memang tak dan nak buka puasa nanti...hehehe...

Saya rasa nak berkongsi bahagian tu sebabnya saya sedar kejayaan saya menyusukan Aliya secara eksklusif tanpa makanan lain hingga dia kini berusia 1 tahun 6 bulan sebenarnya bukan bermula dengan tahu teknik lekapan yang betul ke...posisi yang betul ke... Masa mula2 tu saya hentam je nak lekap ikut suka sampaikan puting saya luka. Posisi pon ikut suka sendiri. Bila dah pergi kelas 20jam & 40jam barulah saya tahu selama ni posisi ada salah sikit. tapi kesalahan tu tak beri kesan langsung pada penghasilan susu saya. Alhamdulillah dapat jugak kumpul stok sampai 1000oz dalam masa 30 hari cuti berpantang. Jadi pada saya teknik lekapan & posisi tu tak penting sangat nak dibandingkan dengan bab yang saya nak kongsikan nanti. Inshaallah lepas habis ceramah Isnin ni saya akan kongsikan dalam entri akan datang ya. Masih datang daripada perkataan "BREAST" tapi bawa maksud yang jauh berbeza daripada Ebook. Mungkin nak kena terbitkan Ebook atau pun buku baru lepas ni untuk sentuh bab ni je...Ada yang berminat tak??? hehehe.....

Syukur ya Allah banyak peluang yang Engkau berikan padaku untuk aku terus menyebarkan ilmu penyusuan ini. Alhamdulillah semakin ramai yang mendapat manfaatnya. Impian ku makin jelas untuk melihat lebih ramai ibu-ibu di luar sana berjaya menyusukan anak mereka hingga 2 tahunwalaupun tanpa suplemen mahupun milkbooster buatan. Aku yakin & pasti inilah jalan yang akan membawa ku ke syurgaMu. Biar di padang mahsyar nanti aku cukup teruja untuk mmbentangkan amalanku yang banyak menyumbng kepada orang lain, menambah nilai hidup mereka & memberi manfaat yang tak terhingga banyaknya kepada mereka & anak2 mereka. Syukur ya Allah aku telah temui bahagia yang kucari. Moga perjuanganku ini sentiasa dalam redhaMu. Amin amin ya rabbal a'lamin

SALAM SAYANG,
Asiah Maharam
(Pakar Meningkatkan Susu Ibu Tanpa Suplemen)
FB Page: www.facebook.com/babyasiah