Thursday 3 October 2013

KISAH HIDUP SAYA DALAM PENYUSUAN

Saya merupakan seorang ibu kepada 2 orang puteri. Saya ingin menjadi inspirasi kepada ibu bekerjaya dalam membesarkan anak dengan susu ibu sahaja selama 2 tahun tanpa mengambil sebarang 'suppliment'.
Saya tertarik dengan perintah Allah berkenaan penyusuan susu ibu selama 2 tahun penuh. Jika telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran, saya yakin banyak hikmah tersembunyi di sebalik perintah itu.
“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Alhamdulillah hari ini saya bersyukur sangat-sangat kerana masih berjaya menyusukan anak ke-2 secara eksklusif tanpa 'solid food' selama 8 bulan. Saya ingin memastikan susu sentiasa meriah lebih  daripada 'demand' anak supaya saya mampu merealisasikan impian untuk 'exclusive breastfeeding'  hingga 2 tahun,. Yang paling saya bersyukur sangat-sangat saya  tidak mengambil sebarang 'suppliment' untuk 'maintain' susu meriah.

Sebelum ini,  anak petama saya terpaksa disuapkan susu formula ketika berusia 8 bulan kerana saya hamil & susu 'drop' mendadak ketika itu & saya tidak tahu cara untuk 'up' susu semula. Pada ketika itu saya menangis semahu-mahunya kerana kecewa yang amat sangat apabila gagal eksklusif  susu ibu sahaja untuk anak pertama. Cuba bayangkan kita beriya-ia inginkan sesuatu tetapi kecundang di tengah jalan. Bagaimana perasaan ketika itu?

Atas kekecewaan itu, maka saya berjanji dengan diri sendiri bahawa walau apa pun terjadi untuk anak ke-2 saya pasti berjaya membesar hanya dengan susu ibu sahaja hingga 2 tahun penuh. Alhamdulillah Allah maha mendengar. Dia memberi ilham kepada saya sepanjang cuti bersalin.Subhanallah saya sendiri tidak percaya yang saya mampu mengumpul stok sebanyak 1000oz dalam masa 30 hari tanpa mengambil sebarang 'suppliment'. Dan pada saat itu saya benar-benar yakin bahawa jika kita punya matlamat yang jelas & betul-betul ingin mencapainya kita pasti berjaya. Sepanjang cuti bersalin saya tidak duduk rehat seperti orang berpantang, namun saya tidak pernah rasa penat sekalipun kerana semangat membara untuk kumpul stok. Saya mula membuat jadual pam & bereksperimen bagaimana susu saya boleh meningkat hari demi hari. Macam-macam kaedah saya cuba sehingga akhirnya saya dapat memahami keseluruhan proses meningkatkan susu tanpa 'suppliment'. Akhirnya, saya dapat membuat kesimpulan hasil daripada eksperimen & berjaya menghasilkan 6 formula pantas.

Selepas kejayaan itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan ibu-ibu menyusu di luar sana agar mereka mendapat ilmu yang betul supaya berjaya menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun tanpa suppliment seperti saya. Tambahan pula, saya agak terkilan bila membaca komen ibu-ibu yang membeli suppliment dengan harga yang agak mahal tetapi tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan. Saya rasa berdosa jika saya tidak membantu mereka  apabila saya sudah ada ilmu tersebut tetapi tidak disebarkan. Di situlah bermula perjuangan saya dalam membantu ibu-ibu menyusu tanpa mengambil sebarang suppliment. Jadi, saya meminta maaf kepada sesiapa yang menyarankan mengambil 'suppliment' untuk 'boost' susu sekiranya ada yang terasa seolah-olah saya ingin menggugat kalian. Tiada salah apa yang kalian lakukan. Jika benar tidak perlu rasa tergugat kerana saya hanya ingin membantu ibu-ibu yang tidak mampu membeli suppliment sahaja. Saya ingin membuka minda merek supaya masih ada harapan untuk mereka menyusukan anak walaupun tanpa 'suppliment'. Masih ramai ibu-ibu yang memerlukan suppliment atas kekangan masa & tidak sempat mengambil makanan yang seimbang. 

Inshaallah saya akan lancarkan E-Book untuk berkongsi rahsia 6 formula pantas bagaimana meningkatkan kuantiti susu tanpa 'suppliment'. Dalam E-Book tersebut saya menerangkan satu persatu secara terperinci apa yang perlu kalian lakukan. Inshaallah jika ikuti secara konsisten perubahan dapat diihat sepantas 1 hari sahaja. 

Kita sama-sama berusaha atas matlamat yang satu iaitu memenuhi hak anak & memperoleh banyak kebaikan daripada penyusuan itu. Semoga usaha kita mendapat rahmat & redha Ilahi.Amin ya rabb. (^_^)

#AsiahMaharam#
(EXPERT IN INCREASING MILK PRODUCTION WITHOUT SUPPLIMENT)