Monday 22 June 2015

AMMAR SUKA DIPEGANG - PART 2



Sambungan kisah semalam 22.06.2015
Since saya ada misi nak kumpul stok & keinginan tu sangat kuat untuk menjayakannya
Saya cari jalan cane nak hentikan tangisan Ammar selain DF tapi pada masa yang sama saya boleh mengepam

Kenapa jadi sangat kuat??
Sebab stok tu saya niatkan untuk derma pada mommies yang memerlukan
Teringat kisah saya dulu masa mencari ibu susuan untuk Aliya waktu saya ngandungkan Ammar
Ada yang offer diri nak derma tapi at last suami tak izinkan & lebih sanggup isterinya buang susu lebihan yang ada
Pergh sakit tuh di sini

Kalau mommies terpaksa buang sebab blackout susu rosak ke
Or mommies dah announce cari anak susuan tapi takde siapa yang sudi terima & akhirnya susu expired
Saya boleh terima reason tu
& mommies tak perlu pun rasa bersalah sebab bukan niat kita nak buang saje2

Ni purposely sanggup buang sebab taknak terima anak susuan dek kerana risau terputus talian
Itu boleh diusahakan kot
Lagi2 zaman sekarang semua di hujung jari
Mudah sangat nak berhubung

Sebab tu kali ni saya berazam nak kumpul stok banyak2 untuk derma pada mommies pulak
Saya rasa sangat bersemangat untuk mengumpulnya
Saya percaya bila saya niat camtu Allah pasti cukupkan susu untuk Ammar juga
Amin 

Kay sambung balik kisah semalam
Tetiba datang idea saya pam sambil bersila atas katil & pangku Ammar atas riba dalam keadaan meniarap
Sambil saya usap belakang dia saya zikir sambil goyangkan peha
Jadilah buaian manual yang selamat...hehehe
Alhamdulillah beberapa minit lepas tu Ammar tidur dengan lenanya

Masa tu saya tak terus turunkan Ammar takut dia terjaga lagi
Jadi saya beri dia masa untuk lebih lena
Saya pam sampai breast 0 barulah saya turunkan Ammar
Alhamdulillah guna Passion + power bank sambil buat freestyle sangat memudahkan & jimat masa tak perlu pam lama2 untuk kosongkan breast betul2
Syukur dapat kumpul 9oz
Ammar pun masa saya turunkan dia masih terlena sampai 2 jam dia tidur

Semalam memang penuh cabaran untuk saya kumpul stok
Bersangka baik dengan Allah
Dia uji saya sebab Dia tahu saya tak mudah mengalah
Jadi bila saya jumpa jalan boleh lah saya share pada mommies semua kan
Kalau takde cabaran tiada apa menarik untuk dikongsikan dalam journey kali ni..hehehe
So layanz jew

Untuk sesi ke-3 pun diberi ujian lagi
Tapi bukan datang dari Ammar
Aliya pulak buat hal
Camnilah bila anak dah ramai
Lagi banyk cabaran perlu diharungi untuk menjayakan penyusuan
Tapi itu bukan alasan untuk menggagalkannya

Nak tahu apa cabarannya & cara saya atasi??
Kita sambung next entri PART 3

Siapa excited nak tahu say "sebab kena kukuh"

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

#villagemom
#breastfeeding
#breastpump

" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "

Tuesday 2 June 2015

TIPS GENTLE BIRTH #3: PROGRAMMING



Selepas kita dah doa secara spesifik & menuntut ilmu gentle birth dengan cara berguru barulah kita buat programming ke dalam minda bawah sedar

Kenapa kena berguru bukan pembacaan semata-mata??
Supaya jika ada yang tak faham ada seseorang yang arif untuk dirujuk

Ilmu yang biasa ditekankan antaranya adalah dari segi pemakanan untuk menguatkan rahim & membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk ibu & tumbesaran bayi, senaman yang perlu untuk persediaan kelahiran yang memerlukan tenaga yang banyak, cara membantu bayi turun dengan tenang, cara membekalkan oksigen yang mencukupi sehingga baby selamat keluar & banyak lagi

Ilmu ini akan meletakkan mommies pada risiko yang sangat rendah untuk mengalami sebarang komplikasi

Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah
Jadi kalau dah ada ilmu nanti kenalah follow betul2 ya
Jangan makan main hentam saja, senaman malas nak buat

Okay
Then selepas faham jelas ilmu yang dituntut mommies boleh mula buat programming
Buat setiap kali sebelum tidur
Tontonlah video gentle birth yang mommies idamkan
Contoh mommies nak bersalin di hospital yang support gentle birth dalam suasana yang tenang
Jadi carilah video yang suasananya bersalin di hospital dalam keadaan mummy tu melahirkan bayi dengan tenang & mudahnya
Semasa tonton video itu bayangkan anda di tempatnya & boleh rasa saat kelahiran tu
Rasa nak nangis terharu ke, syukur ke nangis je
Lagi anda boleh rasa lagi bagus impaknya

Cara ini akan mengaktifkan sel2 semasa kita tidur juga & menyimpan memori dalam otak untuk menjadikannya realiti

Ilmu ni saya belajar masa menghadiri program rahsia kuasa minda bersama Dr. Hj. Azizan Osman

Alhamdulillah walaupun ilmu saya tak tinggi mana
Tak belajar medic sampai bertahun-tahun
Tapi ilmu yang sedikit ini sangat2 membantu proses kelahiran Ammar secara fitrah



#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

#villagemom
#gentlebirth
#homebirth
#breastfeeding
#breastpump

Monday 1 June 2015

TIPS GENTLE BIRTH #1: DOA SECARA SPESIFIK

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi bagaimana saya berjaya melahirkan Ammar secara fitrah mengikut cara yang sepatutnya kerana saya percaya setiap wanita di muka bumi ini yang diberi rezeki untuk hamil mampu melakukannya

Ia nampak mudah tapi perjalanan untuk sampai ke tahap itu perlukan komitmen yang sangat tinggi

Tidak Allah membebani seseorang melainkan mengikut tahap kemampuannya
Allah tidak pernah menzalimi hambaNya kerana Dia maha pengasih & penyayang
Sesungguhnya kita yang tanpa sedar suka menzalimi diri sendiri
Allah maha memberi
Sesiapa yang meminta dia akan kabulkan tapi perlu tahu caranya

Ilmu ini saya kongsikan hasil perguruan dengan mentor saya Dr. Hj. Azizan Osman
Alhamdulillah setakat ni apa yang saya minta dikabulkan tapi mengikut tahap connection saya pada waktu berdoa itu

Jadi masa saya decide nak bersalin secara fitrah apabila disahkan hamil saya mula membuat doa secara spesifik
Macam kita nak apa2 mestilah kena spesifik
Contoh: aku nak rumah
Dapat tak rumah tu???
Cer spesifikkan alhamdulillah saya memiliki rumah teres 2 tingkat seluas 22x70 sq ft di Country Villa, Melaka pada tahun 2015
Bila kita minta in detail Allah akan terus straight bagi ikut spesifik apa yang kita nak
Then ayatnya kenalah seolah-olah kita dah dapat rumah tu
Sebab tu ayatnya alhamdulillah saya memiliki

Jadi untuk kelahiran Ammar doa saya:
Alhamdulillah saya melahirkan seorang bayi lelaki secara alami di rumah sendiri pada Mei 2015

Asbab itulah Allah permudahkan urusan kelahiran saya sebab saya dah minta siap2 setiap hari selama 9 bulan sebelum kelahiran nak lahir yang bagaimana

Then minta Allah lorongkan bagaimana caranya untuk mencapai apa yang kita hajatkan

Masa doa akal, hati, jasad & roh kena bersatu tak boleh mulut je kumat kamit tapi otak fikir lain
Kita akan rasa bulu roma meremang & nangis dengan sepenuh hati rasa syukur yang amat sangay sampai boleh rasa saat kita melahirkan tu
Kita rasa seolah-olah tiada tempat untuk meminta selain Allah

Bila mommies boleh sampai tahap tu nanti mommies akan mula nampak
Allah tunjukkan jalan satu persatu cane nak jayakan kelahiran secara fitrah itu

Itulah langkah pertama yang mula2 saya buat sebelum saya terjumpa Kak Yat yang jadi mentor saya untuk kelahiran alami ini

Sebelum buat apa2 saya suka minta pada Allah dulu
Lepas tu Dia akan tunjukkan jalanNya

Ada juga yang buat solat istikharah untuk buat pilihan
Up to you
Itu yang terbaik

I'allah next entri saya akan kongsikan tips gentle birth yang berikutnya
Siapa suka nak belajar say "Allah tempat meminta"

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

#villagemom
#gentlebirth
#homebirth