Monday 22 June 2015

AMMAR SUKA DIPEGANG - PART 2



Sambungan kisah semalam 22.06.2015
Since saya ada misi nak kumpul stok & keinginan tu sangat kuat untuk menjayakannya
Saya cari jalan cane nak hentikan tangisan Ammar selain DF tapi pada masa yang sama saya boleh mengepam

Kenapa jadi sangat kuat??
Sebab stok tu saya niatkan untuk derma pada mommies yang memerlukan
Teringat kisah saya dulu masa mencari ibu susuan untuk Aliya waktu saya ngandungkan Ammar
Ada yang offer diri nak derma tapi at last suami tak izinkan & lebih sanggup isterinya buang susu lebihan yang ada
Pergh sakit tuh di sini

Kalau mommies terpaksa buang sebab blackout susu rosak ke
Or mommies dah announce cari anak susuan tapi takde siapa yang sudi terima & akhirnya susu expired
Saya boleh terima reason tu
& mommies tak perlu pun rasa bersalah sebab bukan niat kita nak buang saje2

Ni purposely sanggup buang sebab taknak terima anak susuan dek kerana risau terputus talian
Itu boleh diusahakan kot
Lagi2 zaman sekarang semua di hujung jari
Mudah sangat nak berhubung

Sebab tu kali ni saya berazam nak kumpul stok banyak2 untuk derma pada mommies pulak
Saya rasa sangat bersemangat untuk mengumpulnya
Saya percaya bila saya niat camtu Allah pasti cukupkan susu untuk Ammar juga
Amin 

Kay sambung balik kisah semalam
Tetiba datang idea saya pam sambil bersila atas katil & pangku Ammar atas riba dalam keadaan meniarap
Sambil saya usap belakang dia saya zikir sambil goyangkan peha
Jadilah buaian manual yang selamat...hehehe
Alhamdulillah beberapa minit lepas tu Ammar tidur dengan lenanya

Masa tu saya tak terus turunkan Ammar takut dia terjaga lagi
Jadi saya beri dia masa untuk lebih lena
Saya pam sampai breast 0 barulah saya turunkan Ammar
Alhamdulillah guna Passion + power bank sambil buat freestyle sangat memudahkan & jimat masa tak perlu pam lama2 untuk kosongkan breast betul2
Syukur dapat kumpul 9oz
Ammar pun masa saya turunkan dia masih terlena sampai 2 jam dia tidur

Semalam memang penuh cabaran untuk saya kumpul stok
Bersangka baik dengan Allah
Dia uji saya sebab Dia tahu saya tak mudah mengalah
Jadi bila saya jumpa jalan boleh lah saya share pada mommies semua kan
Kalau takde cabaran tiada apa menarik untuk dikongsikan dalam journey kali ni..hehehe
So layanz jew

Untuk sesi ke-3 pun diberi ujian lagi
Tapi bukan datang dari Ammar
Aliya pulak buat hal
Camnilah bila anak dah ramai
Lagi banyk cabaran perlu diharungi untuk menjayakan penyusuan
Tapi itu bukan alasan untuk menggagalkannya

Nak tahu apa cabarannya & cara saya atasi??
Kita sambung next entri PART 3

Siapa excited nak tahu say "sebab kena kukuh"

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

#villagemom
#breastfeeding
#breastpump

" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "

1 comment:

  1. bukan mudah kan orang nak dermakan lebihan susu mereka..
    wallahu..

    ReplyDelete