Monday 24 August 2015

CARA SUAMKAN FROZEN EBM

Since saya tak pandai bab lukis-lukis ni saya snap gambar terus untuk proses suamkan frozen EBM step by step



1. Turunkan frozen EBM ke bahagian chiller semalaman. Pilih tarikh yang paling awal dahulu.

2. Masa nak suamkan kalau susu masih tak cair, rendam dalam bekas berisi air paip & sambung simpan di bahagian chiller dalam 15 minit

3. Frozen EBM dah mencair!

4. Transfer susu dalam botol sebelum disuamkan. Dilarang sama sekali suamkan susu dalam plastic bag!

5. Rendam susu ke dalam bekas berisi air suam. Saya hanya suamkan menggunakan air termos dalam 5-10 minit

6. Susu dah suam & sedia diminum

7. Disarankan titiskan setitik di tangan anda untuk rasa tahap kepanasan. Jika terlalu panas biarkan sementara waktu sehingga suhunya sesuai untuk diminum. Digalakkan rasa sekali untuk memastikan susu masih elok atau tidak. Biasanya frozen EBM lepas disuamkan akan berbau hanyir tapi masih elok jika tiada rasa perit atau masam. Jika ada rasa perit atau masam buang saje susu tu

8. Susu sedia diminum. Masa ni pass kat hubby tolong susukan. Hehehe...

9. Habis licin Ammar minum frozen EBM bulan Mei 
Walaupun bau & rasa kurang enak Ammar masih boleh terima seadanya. Alhamdulillah 😄😄😄😄

Moga perkongsian ni lebih jelas untuk memudahkan mommies suamkan frozen EBM lepas ni.

Nak print & beri pada pengasuh pun boleh
Saya izinkan ☺☺☺

*******************************************
Susu mommies tetap drop walaupun dah cuba macam2 mb & suplemen???

Nak tak belajar teknik untuk tingkatkan susu dengan cara yang lebih mudah tanpa suplemen??

Usah risau!!!

Beri masa anda 1 hari sahaja untuk saya kongsikan dari A-Z bagaimana untuk maintain susu walaupun tanpa suplemen & menjayakan penyusuan hingga 2 tahun plus BONUS:
 bina kekuatan dalaman yang luar biasa
 praktikal in real bukan replika
 belajar perkara penting untuk persediaan kelahiran secara alami

Jumpa mommies di SEMINAR SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN

#SeminarSMTS
Putrajaya 29/08/2015
Johor 19/09/2015
Seremban 20/09/2015
Kota Bharu 3/10/2015
Kuantan 4/10/2015
Perak 11/10/2015
Kedah 17/10/2015
Penang 18/10/2015
Shah Alam 31/10/2015
Sabah 07/11/2015
Sarawak 08/11/2015


JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% JIKA DAH HADIR TAPI TAK BERPUAS HATI!!!
PELUANG DIJEMPUT KE "SECRET GROUP" UNTUK SUPPORT EACH OTHER!!!

Untuk pendaftaran layari
==> www.asiahmaharam.com/smts
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan

Jika mommies tinggal luar daripada kawasan usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE

Atau dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di
==>www.susuibumeriah.com

TESTIMONI PESERTA SEMINAR
1) Watch "Kisah Kejayaan Alumni Peserta SSMTS" on YouTube - https://youtu.be/4QhH6kiMA5s

2) Watch "KISAH KEJAYAAN SEMINAR SMTS 21032015 part 1" on YouTube - https://youtu.be/DKmklzYeCu0


#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "

Thursday 20 August 2015

TIPS NAK SUSU NAMPAK LEMAK BERKRIM



Hari ni saya nak share menu baru saya sekarang untuk dapatkan susu yang penuh lemak berkrim
Lama dah stop milo & horlick saya ganti dengan freshmilk
Memang nampak susu pekat sikit bila minum freahmilk even susu kotak!!
Dah ler sedap boleh contribute susu pulak tuh
BRAND tak semestinya marigold HL ni
Apa2 brand asalkan freshmilk ok jew

Haaaa lepas ni takde bagi alasan perasan sibuk sampai tak sempat makan ya
Air kotak kalau minum tak sampai 1 minit boleh habis
Saya kalau nak rush sedut panjang2 cuma 2x teguk dah habis kay..hahaha

Susah sangat ker nak jaga makan???
Tak susah der
Berlambak makanan ready made murah2 yang boleh contribute susu
Walaupun nampak macam kurang berkhasiat ia betul2 membantu dalam penghasilan susu

So untuk mommies yang tak sempat nak masak sendiri anda masih punya harapan cerah untuk merealisasikan impian penyusuan hingga 2 tahun (^_^)

Siapa belajar sesuatu say "susu kotak je kot"


***********************************
Nak dapatkan menu murah2 tanpa perlu makan suplemen mahupun instant milkbooster tapi susu tetap luar biasa???

Layari www.susuibumeriah.com
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

#certifiedlactationcounselor
#villagemom
#breastfeeding
#breastpump

" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "

Monday 10 August 2015

PANDUAN PENYIMPANAN DAN PENGGUNAAN SUSU PERAHAN IBU

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjw3oQ-VYMyWq-V0JvLHoLP8m7vXKoYU9DKRM1RLbebWa_MM5OuDniY3nRObDd-2vMPRFfs_P2lQKxXLuiWrcEMlcOqb9LzpwQhFkWKs3cGV4BZ5fwN3rVcq9Sk_1VgDr_fyQe0muYYC3w/s1600/atasJPG.JPG
Contoh penyimpanan susu perahan ibu mengunakan bekas dadih.





Contoh penyimpanan menggunakan storage bottle.


Contoh Breastmilk Storage Bag



Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan steriliser.

Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam

  • Peti sejuk 1 pintu:
  • Bahagian fridge 4°C: 5 hari
  • Bahagian freezer -15°C: 2 minggu

  • Peti sejuk 2 pintu:
  • Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan

Penting!!!
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.

Menyahbeku Susu Ibu:
  • Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge semalaman atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.

Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.




*******************************************
Susu mommies tetap drop lepas raya??
Nak belajar teknik untuk tingkatkan susu dengan cara yang lebih mudah tanpa suplemen??

Usah risau!!!

Beri masa anda 1 hari sahaja untuk saya kongsikan dari A-Z bagaimana untuk maintain susu walaupun tanpa suplemen & menjayakan penyusuan hingga 2 tahun plus BONUS:
bina kekuatan dalaman yang luar biasa
praktikal in real bukan replika
belajar perkara penting untuk persediaan kelahiran secara alami

Jumpa mommies di SEMINAR SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN

#SeminarSMTS
Putrajaya 29/08/2015
Johor 05/09/2015
Seremban 06/09/2015
Kota Bharu 19/09/2015
Kuantan 20/09/2015
Kedah 03/10/2015
Penang 04/10/2015
Perak 17/10/2015
Shah Alam 31/10/2015
Sabah 07/11/2015
Sarawak 08/11/2015

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% JIKA DAH HADIR TAPI TAK BERPUAS HATI!!!

PELUANG DIJEMPUT KE "SECRET GROUP" UNTUK SUPPORT EACH OTHER!!!

Untuk pendaftaran layari
==> www.asiahmaharam.com/smts
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan

Jika mommies tinggal luar daripada kawasan usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE

Atau dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di
==>www.susuibumeriah.com

TESTIMONI PESERTA SEMINAR
1) Watch "Kisah Kejayaan Alumni Peserta SSMTS" on YouTube - https://youtu.be/4QhH6kiMA5s

2) Watch "KISAH KEJAYAAN SEMINAR SMTS 21032015 part 1" on YouTube - https://youtu.be/DKmklzYeCu0


#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "