Wednesday 27 May 2015

AMMAR BREASTFEED JOURNEY

Alhamdulillah kali ni berpeluang untuk berkongsi perjalanan penyusuan eksklusif hingga 2 tahun tanpa makanan pelengkap seorang anak lelaki pula
Misi saya kali ni nak kumpul 2000oz dalam masa 60 hari berpantang untuk didermakan kepada ibu-ibu yang memerlukan juga
Ia akan dikumpulkan dalam 1 album di page saya
www.facebook.com/1asiahmaharam untuk rujukan bersama
Mommies boleh start like page & aktifkan notification supaya tak terlepas setiap perkongsian nanti
Doakan misi ini berjaya hendaknya

Seperti mommies lain susu saya hari pertama memang taklah terus meriah
Bila tekan kuar air jernih je

Masuk hari ke-2 cuba perah guna tangan camtu jelah dapat tapi masih tak expert habis sakit breastku...hehe

Masuk hari ke-3 try guna manual pam sebab rasa dah bengkak sangat malam tadi
alhamdulillah dah mula meningkat kepada 1.5oz dua2 side
Kalau tak pam mau demam bengkak susu
Tu pun tak boleh nak kosongkan breast bila guna manual

Alhamdulillah masuk hari ni hari ke-4 guna Passion Autumnz double letrik breastpump dah boleh dapat 4.5oz untuk dua2 side
Terasa breast betul2 lega tiada lagi rasa bengkak
Just guna level 1 & 2 je dah boleh dapat banyak ni dalam masa 20 minit
Alhamdulillah nipple tengah crack dua2 side still tak rasa sakit guna level ni
Walaupun level rendah tapi dapat keluarkan susu dengan cepat
Suka bereksperimen kat diri sendiri sebelum promote kat orang...hehehe



Perbezaan bf journey ketiga-tiga orang anak saya
Susu kali ini yang paling cepat keluar dengan banyak seawal hari ke-3
Saya belum berurut pun lagi
Mungkinkah kerana tiada intervention???
Mungkinkah amalan pemakanan kurma???
Wallahualam

Jom kita bereksperimen


#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

Tuesday 19 May 2015

KENDERAAN APAKAH???




Alhamdulillah ramai yang berminat nak tahu apakah kenderaan yang dimaksudkan dalam entri saya tentang kelancaran pengeluaran susu mommies
Cakap pada diri anda "i'm so excited"
Untuk memudahkan mommies lebih faham bayangkan breast mommies adalah sebuah kilang
Setelah produk (susu ibu) dihasilkan oleh Prolaktin (pekerja)
Ia memerlukan kenderaan untuk dibawa keluar daripada kilang itu
Betul2???
Jadi kerana itulah kenderaan yang saya maksudkan adalah hormon Oksitosin
Tahniah kepada anda yang berjaya meneka!!!
Kenapa saya menggelarkanya sebagai kenderaan???
Ini kerana hormon oksitosin yang akan mengalirkan susu yang dah terhasil keluar daripada breast
Nah faham dah sekarang???
Hormon Oksitosin dapat ditingkatkan melalui EMOSI yang stabil
Cer bayangkan emosi mommies tak stabil??? Stress, penat, kelam kabut???
Pastinya kenderaan mommies akan berkurangan
Tu yang bila pam susu slow je keluar & cenonet padahal breast rasa berat lagi
Bukan sebab susu cenonet dalam breast tapi mommies kurang kenderaan untuk bawa susu tu keluar
Jadi hasil pam pun tak dapat banyak lah
Mudah kan nak faham
Siapa dah faham say "stabilkan emosi"
================================
Jika mommies nak faham lebih jelas & seterusnya dapat menjayakan penyusuan hingga 2 tahun dengan lebih mudah, , relax, enjoy & menjimatkan masa boleh join program MENTOR MENTEE bersama saya, Coach Asiah
PM "MENTOR MENTEE" ke MESSAGE FB atau WhatsApp 0123443252 untuk set appointment
Saya dijangka bersalin pada 30/05/2015
Selagi saya masih belum bersalin i'allah saya cuba membantu selagi terdaya
ATAU
Mommies boleh dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN & RAHSIA PEMAKANAN IBU MENYUSU, makan biasa2 susu tetap luar biasa di www.susuibumeriah.com
‪#‎AsiahMaharam‬
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

TAHUKAH MOMMIES???




Tahukah mommies bahawa hasil pam mommies sangat2 bergantung kepada kenderaan yang mommies ada?
Kebanyakan para ibu yang saya coaching tidak tahu tentang info ini
Yang bestnyer hasil pam ini boleh ditingkatkan tanpa mengira berapa usia bayi anda sekarang
Sebenarnya ia bergantung kepada berapa banyak kenderaan yang anda miliki untuk membawa susu ini keluar dengan lebih banyak
Inshaallah next entri saya akan berkongsi apakah kenderaan yang dimaksudkan
Siapa yang teruja nak tahu say "siapa dia?"

♡♡♡ Jika nak belajar teknik tingkatkan susu yang merudum tanpa suplemen boleh dapatkan "EBOOK 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN" di www.susuibumeriah.com ♡♡♡

P/s: Kongsikan post ini jika mommies rasa ia mendatangkan manfaat untuk menjayakan penyusuan hingga 2 tahun kepada mereka yang sangat2 memerlukan
Salam sayang,
‪#‎AsiahMaharam‬
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com/smts
www.susuibumeriah.com
" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "

Thursday 14 May 2015

BAYI KERAP MENANGIS SEBAB TAK PUAS MENYUSU


Sesungguhnya setiap titisan susu ibu itu diberikan pahala.
Bersabarlah wahai ibu dalam melayani ragam anakmu. 

Saya sentiasa tekankan ibu yang ingin menyusui anak wajib mempunyai kesabaran yang tinggi. 
Jika anak saya nangis saya tak pernah terlintas nak bagi susu formula walaupun saya nampak dia macam tak puas. saya akan sua je breast sampai dia refuse nak hisap then saya akan bangun " buat susu+oat, minum air suam banyak-banyak " kunyah biskut/ roti wholegrain. Alhamdulillah setiap kali saya buat begitu susu baru cepat je terhasil.

Demand & makanan harus seiring. Jika demand ada tapi kurang makan cane susu nak terhasil lebih? Susu perlukan zat daripada makanan yang dimakan. Oleh sebab itu pemilihan makanan sangat penting untuk memastikan zat sentiasa mencukupi untuk menghasilkan susu. Maksudnya di sini zat dalam susu telah ditetapkan. Jika badan kita mengandungi cukup zat yang diperlukan, maka susu pun akan cukup terhasil untuk bayi & sebaliknya.

Saya perasan jika saya lari jadual makan susu saya akan berkurangan walaupun saya pam on time.
Moga perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah mommies.

Jika dah cuba tapi masih berlaku masalah yang sama boleh komen di sini " saya akan bagi solusi berikutnya. Selamat mencuba (^_^)

Siapa belajar sesuatu say "demand kena seiring dengan makan"

‪#‎AsiahMaharam‬
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

Wednesday 13 May 2015

Oatmeal Jer Kott

Oatmeal atau sejenis sereal gandum ini sangat penting sekali bagi Ibu menyusui kerana dapat membantu melepaskan hormon oxytocin pada tubuh yang terlibat dalam memproduksi air susu. Selain itu, pada Ibu menyusui oatmeal dapat menstabilkan tekanan darah serta menurunkan kadar kolesterol

.
Saya biasa amalkan oat pada waktu breastfast & supper sebab waktu tu tak lalu sangat nak ambil makanan berat kan
Masa puasa untuk sahur pun saya jarang makan nasi berlauk
Lebih kepada oatmeal
Tapi pastikan bukan yang 3 in 1 ya

Siapa teruja nak cuba oatmeal say " oatmeal je kot"

P/S: KONGSIKAN STATUS INI SUPAYA LEBIH RAMAI IBU MENYUSU YANG DAPAT MANFAATNYA 
😄😄😄😄
**********************************************
Nak dapatkan makanan biasa2 yang lain tapi susu tetap luar biasa???
Dapatkan Ebook Rahsia Pemakanan Ibu Menyusu dengan harga

RM10 SAHAJA!!!

RM10 SAHAJA!!!

RM10 SAHAJA!!!

Jika berminat pm "LIST MAKANAN" ke MESSAGE FB atau WhatsApp 0123443252

‪#‎AsiahMaharam‬
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

Tuesday 12 May 2015

SURIRUMAH PERLU PAM KE???

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai surirumah yang masih gagal menyusukan anaknya sehingga 2 tahun walaupun tidak bekerja
Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana anak sentiasa bersama mommies 24 jam kan

Jadi saya kurang bersetuju dengan artikel dalam gambar ini

Saya nak tekankan beberapa situasi yang mana walaupun mommies seorang surirumah mommies tetap kena mengepam juga
Aktiviti mengepam ini bukan bertujuan untuk kumpul stok la sangat

TAPI

Nak pastikan susu mommies dalam breast sentiasa cukup untuk keperluan bayi
Takdela baby dok ngamuk je bila nak nyusu especially petang2 kan

Bila situasi yang seorang surirumah perlu mengepam???

》Bila diperhatikan ketika menyusu hisapan bayi yang agak kuat(tanda bayi lapar) hanya dalam 5-15 minit pertama, kemudian hisapannya mula lemah
Jadi baby sebenarnya hanya minum sedikit sahaja & masih banyak susu lama yang tidak dikeluarkan

Untuk situasi ini pastikan kekerapan bayi menyusu setiap 1-2 jam
Sepanjang tempoh itu bayi perlu diberikan side yang sama untuk sesi berikutnya, jangan sesekali terus tukar side

Bila mommies terus tukar side sebenarnya ada pekerja(prolaktin) yang dah hilang untuk side yang baby menyusu sebelumnya

Thats y lama2 susu mommies akan mula merudum walaupun baby menyusu dengan kerap
Jadi kenalah backup dengan pam untuk kosongkan breast

Nah faham dah kenapa???

Kalau jenis yang hisapan kuat sepanjang menyusu lebih 20 minit barulah mommies tak perlu mengepam & kekerapan menyusu selang 1-2 jam

Saya dapat idea ini ketika saya mula berhenti kerja & menyusukan Aliya sepenuhnya tanpa mengepam
Ada 1 hari tu saya beri botol siang pada Aliya macam waktu bekerja
Bila saya pam, saya dah tak mampu dapat sebanyak yang sepatutnya

Bila nak maintain susu pun kita perlukan ilmu
Jangn kerana anda surirumah anda tak perlu gali ilmu penyusuan lagi
Bila syok sendiri hasilnya pun syok sendiri lah kan

Siapa belajar sesuatu say "check hisapan bayi lepas ni"

**********************************
Siapa yang berminat untuk belajar lebih mendalam lagi hingga ke akar umbi bagaimana hormon susu ibu bekerja seterusnya mommies sentiasa dapat membekalkan susu yang sentiasa mencukupi untuk anak tersayang

Dapatkan sesi coaching melalui program MENTOR MENTEE secara online mahupun saya terus terpacak di depan rumah mommies

PM "MENTOR MENTEE" ke MESSAGE FB atau WhatsApp 0123443252

ATAU

Boleh dapatkan dahulu ebook Rahsia Pemakanan Ibu Menyusu & 6 Formula Pantas Susu Ibu Meriah Tanpa Supplemet di www.susuibumeriah.com

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com