Monday 26 January 2015

AKHIRNYA MISI BERJAYA

Alhamdulillah hari pertama start solid food selepas Aliya 2 tahun tiada masalah untuk Aliya terima
Jadi mitos yang mengatakan anak cerewet makan jika lambat introduce solid food adalah salah sama sekali
Malah dia lebih excited nak makan sebab dah lama tak dapat makan kan..heheeeee 😆😆😆😆😆



#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN

Saturday 17 January 2015

HOTSEAT DI SEMINAR MY DOCUMENT


Alhamdulillah hari ni rasa bertuah apabila diundang untuk menjadi tetamu Hotseat dalam Seminar My Document anjuran Byond Success untuk berkongsi peningkatan yang berlaku selepas menghadiri Seminar Advance My Document yang lalu.

Walaupun saya adalah anak didik yang menghantar tugasan paling akhir syukur guru sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang saya lakukan. Walaupun idea untuk memilih warna & design datangnya daripada saya, tapi orang yang menyiapkan fail itu sepenuhnya adalah adik ipar saya selaku bisnes partner saya dalam syarikat. 
Kita perlu tahu semua benda tapi tak semua benda kita perlu lakukan sendiri. Cari yang pakar buatkan untuk kita. 
Bisnes sebenarnya mudah & tidak memenatkan jika kita pandai agihkan tugas. Nilah hasil kerja adik ipar saya:


Selepas hadir seminar advance baru rasa berkobar-kobar nak buat proper documentation & ruang pejabat sendiri walaupun kat rumah je!!!! I'allah tahun ni nak kembangkan lagi bisnes & bila capai target yang disasarkan barulah kami akan berpindah ke kedai. 

Alhamdulillah walaupun bisnes dari rumah tanpa kedai sale sebulan dah boleh cecah RM50-60K sebulan. Inshaallah target tahun ni selepas pelancaran buku nak cecah sale RM100K sebulan. Nantikan buku penyusuan hasil tulisan saya di outlet berdekatan mommies tahun ini ya.

Saya rasa lebih yakin untuk bertukar dari syarikat enterprise kepada sdn bhd sekarang. (^_^) 

Sunday 4 January 2015

FREESTYLE PUMPING

Atas respond yang ramai untuk belajar freestyle pumping dengan menggunakan nursing bra
Hari ni saya akan berkongsi caranya
Banyak handsfree bra yang terdapat di pasaran
Tapi ia tidak dapat dijadikn sebagai nursing bra!!!
Jadi mommies terpaksa pakai nursing bra at the same time kena pakai handsfree bra pulak masa nak mengepam
Pastinya mommies rasa buang masa kan???

Saya di sini sentiasa mencari idea cane nak jimatkan masa mengepam
Selain memiliki pam double letrik untuk menjimatkan masa,
Mommies juga boleh jimatkan masa dengan hanya menggunakan nursing bra untuk buat freestyle dengan  merujuk gambar ke-2
Gambar ke-3 hanya digunakan jika teknik gambar ke-2 mommies rasa tidak selamat







Untuk menggunakan teknik ini mommies kena dapatkan nursing bra yang mempunyai bulatan selepas cover depan dibuka supaya boleh menampung corong pam bahagian atas seperti dalam gambar ke-2 step 1
Nursing bra yang tidak mempunyai bulatan tidak sesuai digunakan kerana corong pam mudah terlepas

Jadi lepas ni tanpa guna handsfree bra pun mommies boleh pam tanpa perlu pegang
Pastinya mommies akan rasa lebih relax & boleh buat koje lain masa tengah pam kan
Freestyle tak sesuai untuk pam manual & single kerana mommies perlu bertukar2 side semasa mengepam
Yang terbaik untuk sesi pam yang sangat memudahkan & feel relax adalah menggunakan double letric breastpump
Sedar2 botol dah penuh!!!

SELAMAT MENCUBA!!!! (^_^)


********************************************************
Jom follow NEW PAGE FACEBOOK saya:
www.facebook.com/1bestpump

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN

Thursday 1 January 2015

TAHUN BARU 2015

      Alhamdulillah kita berpeluang memasuki tahun baru 2015. Syukur kita masih bernafas untuk memperbaiki kelemahan diri sebelum menghadap Ilahi.

      Bermula tahun ini TV & radio kereta akan memainkan pembelajaran Quran & surah juz amma sahaja untuk transformasi anak2 menghafaz quran dari bayi. Tiada lagi siaran kartun disney di TV mahupun lagu2 berkumandang di radio. Ikutkan kat rumah sewa saya ni takde dvd player. Tapi atas sebab nak ajar anak2 hafaz quran akhirnya terbeli dvd player brand LG yang ada REPEAT button supaya boleh ulang surah yang sama sepanjang hari. Proses pembelajaran yang pantas adalah dengan pengulangan. Dalam handbag saya pulak sentiasa tersedia flash card huruf hijaiyah supaya mudah anak2 belajar di mana2 saje kami berada. Saya nak lihat bagaimana perkembangan Arissa, Aliya & baby dalam perut sepanjang tahun 2015. Lets do it!!!! (^_^)