Saturday 17 January 2015

HOTSEAT DI SEMINAR MY DOCUMENT


Alhamdulillah hari ni rasa bertuah apabila diundang untuk menjadi tetamu Hotseat dalam Seminar My Document anjuran Byond Success untuk berkongsi peningkatan yang berlaku selepas menghadiri Seminar Advance My Document yang lalu.

Walaupun saya adalah anak didik yang menghantar tugasan paling akhir syukur guru sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang saya lakukan. Walaupun idea untuk memilih warna & design datangnya daripada saya, tapi orang yang menyiapkan fail itu sepenuhnya adalah adik ipar saya selaku bisnes partner saya dalam syarikat. 
Kita perlu tahu semua benda tapi tak semua benda kita perlu lakukan sendiri. Cari yang pakar buatkan untuk kita. 
Bisnes sebenarnya mudah & tidak memenatkan jika kita pandai agihkan tugas. Nilah hasil kerja adik ipar saya:


Selepas hadir seminar advance baru rasa berkobar-kobar nak buat proper documentation & ruang pejabat sendiri walaupun kat rumah je!!!! I'allah tahun ni nak kembangkan lagi bisnes & bila capai target yang disasarkan barulah kami akan berpindah ke kedai. 

Alhamdulillah walaupun bisnes dari rumah tanpa kedai sale sebulan dah boleh cecah RM50-60K sebulan. Inshaallah target tahun ni selepas pelancaran buku nak cecah sale RM100K sebulan. Nantikan buku penyusuan hasil tulisan saya di outlet berdekatan mommies tahun ini ya.

Saya rasa lebih yakin untuk bertukar dari syarikat enterprise kepada sdn bhd sekarang. (^_^) 

No comments:

Post a Comment