Monday 6 April 2015

TANGISAN BAYI 2 TAHUN & KE BAWAH MESTI DILAYAN!!!

Semasa saya menghadiri program RKMJ, ada 1 sesi yang menerangkan tentang belief system yang akan mula terbentuk sejak kita dalam perut ibu lagi

Sesi tu disampaikan oleh Speaker undangan John Stamoulos yang merupakan seorang breathworker pakar dalam teknik pernafasan yang dapat membantu kita mengenali asal sebenar diri kita hanya dengan menggunakan teknik pernafasan sahaja

Beliau menerangkan bahawa bayi yang berumur 2 tahun & ke bawah masih belum mengenali apa itu kehendak
Mereka hanya tahu keperluan hidup sahaja

Jadi apabila bayi menangis dia sebenarnya meminta kita untuk memenuhi keperluannya bukan kehendaknya
Jadi tiada istilah bayi nak ngada2 atau saje2 nak dimanjakan pada tahap usia ini

Tahukah mommies bahawa keperluan bayi dalam usia 2 tahun ada 2 iaitu:
1) makanan
2) sentuhan

Jadi bayi menangis bukan kerana dia hanya lapar sahaja
Tapi bayi sangat2 perlukan sentuhan yang kerap

Kalau orang tua2 kata jangan pegang baby sangat dalam usia 2 tahun ini nanti dia manja sangat, disarankan mommies abaikan nasihat ini

KERANA

jika bayi anda kurang disentuh pada usia ini dia merasakan dirinya terabai & kurang disayangi
Jadi jangan hairan bila dia membesar dia kerap memberontak untuk mendapat perhatian kerana anda kurang memberi sentuhan pada awal usia 2 tahun ini
Jika anda marah pula pada saat dia memberontak, kepercayaannya adalah anda tidak menyayanginya lagi

Cer bayangkan orang yang membesar dengan perasaan kurang kasih sayang
Pasti sikapnya lebih banyak yang negatif berbanding positif kan?

JADI

Kerapkanlah sentuh, belai bayi anda dengan penuh kasih sayang kerana ia akan membuatkan dia rasa lebih dihargai & seterusnya dapat membina sikap yang lebih positif apabila dia dewasa kelak

SEBAB ITULAH

Anak susu ibu biasanya lebih mendengar kata berbanding anak yang langsung tidak diberikan susu ibu
Kerana sentuhan semasa dia menyusu menjadikan dia sangat tenang, selamat, rasa dihargai & disayangi

Sesungguhnya saranan Allah itu tiada yang sia2 malah memberi banyak manfaat dalam kehidupan kita

Jika mommies dah faham sekarang say "saya nak kerap sentuh anak saya 2 tahun ini"

P/S:  Sila share jika mommies rasa ia sangat membantu mommies lain di luar sana

==================================
Jika mommies ingin menjayakan penyusuan hingga 2 tahun dengan cara yang lebih mudah, relax & jimat masa, tak perlu berhabis duit untuk beli suplemen mahupun instant milkbooster

Daftarkn diri segera di seminar SMTS
PM "Seminar (negeri pilihan)" contoh "Seminar Johor" di MESSAGE FB
Hubungi 0123443252 untuk seberang pertanyaan

Pendaftaran akan dibuka semula pada bulan Ogos 2015 selepas Hari Raya Aidilfitri

Jika mommies tiada masa hadiri seminar usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE

ATAU

Dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di www.susuibumeriah.com

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.susuibumeriah.com
www.asiahmaharam.com/smts

2 comments:

  1. ilmu baru yang saya dapat. rasa nk balik dan peluk anak kuat2. tq atas perkongsian puan.

    ReplyDelete