Tuesday 14 April 2015

ADA APA DENGAN IBU SUSUAN???



Dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w ada menyebutkan kisah baginda mempunyai 2 orang ibu susuan iaitu Tsuwaibah & Halimah As-Saadiyyah.

Sesungguhnya setiap kisah nabi itu adalah panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia yang terbaik.

Inshaallah jika hidup kita berpegang pada Al-quran & sunnah pastinya kita tidak akan sesat & sentiasa dalam redha Ilahi.

Namun, jika kita lihat dunia sekarang ini sangat bertentangan dengan kisah ini.

Apabila susu mommies mula merudum mommies lebih suka mencari susu formula berbanding ibu susuan.

Mommies yang punya susu melimpah ruah pula lebih sanggup buang berbanding memberi kepada anak susuan dek kerana risaukan hukum yang boleh kita faham & mudah terima dengan merujuk orang yang betul

Susu itu rezeki juga mommies
It seems like mommies dapat duit kemudian mommies buang je duit tu
Seolah-olah susu ibu yang sangat berharga & priceless itu tiada nilai di mata mommies
Sedih kan 😢😢😢😢

Kerana kurang kesedaran tentang ibu susuan
Saya sendiri akan mulakan secara agresif selepas kelahiran bayi ke-3 ini
Matlamat saya di samping menyusukan bayi sendiri saya bertekad untuk menyumbangkan susu saya kepada bayi yang sangat-sangat memerlukan

Saya nekad kali ini selepas saya disahkan hamil ketika usia Aliya 1 tahun 8 bulan
Hanya tinggal 4 bulan lagi untuk saya sempurnakan penyusuan eksklusif hingga 2 tahun tanpa makanan lain
Susu saya saat tu sangat2 merudum & saya hampir putus asa
Tapi saya tak mudah menyerah kalah
Saya berdoa meminta pertolongan Allah di samping berusaha mencari ibu susuan untuk Aliya
Syukur alhamdulillah Allah menemukan saya dengan seoang ibu berhati mulia yang sanggup mendermakan susunya pada Aliya untuk 4 bulan itu
Mashaallah sungguh saya tak percaya ada insan yang sanggup mendermakan susunya dengan sangat banyak kerana beliau masih menyusukan anaknya yang baru berusia 7 bulan
Titik tolak daripada situlah saya menanam azam untuk menjadi seperti beliau yang langsung tidak risau & sentiasa percaya rezeki Allah maha luas.

Mohon mommies doakan semoga kelahiran kali ini dipermudahkan & semuanya selamat agar misi ini dapat dijayakan
Moga perjuangan ini akan memberi inspirasi kepada mommies untuk turut sama menghidupkan kembali sirah nabi.

Hidup di dunia yang hanya sementara ini adalah platform untuk kita mengumpul bekalan ke akhirat yang kekal abadi
Moga sebelum hembusan nafas yang terakhir cukup bekalan amalan kita untuk di bawa ke sana nanti
Amin ya rabb


#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.susuibumeriah.com
www.asiahmaharam.com/smts



No comments:

Post a Comment