Sunday 29 March 2015

BUKAN SEKADAR TEORI, TAPI SAMPAI DI HATI & MINDA



Tahniah saya ucapkan kepada mommies yang berjaya menghadirkan diri ke Seminar SMTS di Kulim, Kedah pada Sabtu lepas mengorbankan masa cuti untuk menuntut ilmu penyusuan luar biasa dalam memenuhi hak anak anda
Saya percaya pabila anak kalian dewasa nanti mereka sanggup meluangkan masa cuti mereka untuk memenuhi hak anda sebagai ibu bapa pula

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK  MORE!!!!

Sungguh saya terkesan melihat semangat mommies yang hadir
Ada yang masih berpantang tetap menggagahkan diri datang untuk matlamat yang satu
Ada juga yang sanggup datang luar dari Kedah semata-mata nak pelajari ilmu dalam memenuhi hak anak mereka
Sungguh anda memberi saya inspirasi untuk terus berkongsi

Ada beberapa maklumbalas yang buat air mata saya menitis & memberi saya kekuatan untuk meneruskan seminar ini
Sebenarnya badan saya rasa dah tak larat untuk travel jauh2 dalam keadaan sarat begini ditambah batuk yang agak teruk
Maaf pada mommies yang wassap no saya masih tidak berbalas kerana saya tak larat pun nak pandang hp
Saya reply satu persatu bermula hari ini ya
Wassap no company & pm order pun suami & adik saya yang tolong balaskan
Syukur dikelilingi insan2 rapat yang sangat menyokong perjuangan ini

Kalau saya masih push diri saya untuk ke tempat mommies terus berkongsi
Kenapa tidak mommies yang push diri untuk menghadiri seminar untuk belajar ilmu ini??
Ia untuk masa depan anak anda, bukan anak saya pun

Kenapa saya masih push diri untuk meneruskan seminar ini???
Kerana majoriti mommies yang hadir Seminar SMTS menyatakan seminar ini jauh berbeza dengan kelas penyusuan yang lain
Ia bukan sekadar teori ataupun praktikal, tapi sampai di hati & minda mereka
Rasa berdosa bila ilmu ini tidak terus dikongsikan dalam seminar

Pasti ada yang kata buat jelah buku
Tapi tahukah anda impak hadir ke seminar berbanding hanya dengan membaca buku jauh sekali bezanya???
Hanya peserta yang hadir faham apa yang saya maksudkan

Jom kita hayati bersama antara maklumbalas yang saya terima:

*******************************************

Alhamdulillah.  Saya rasa bertuah dan beruntung dpt join seminar susu meriah.
Maklumat yg saya dpt hari ini, sangat berguna dan saya memahami dgn baik. Tidak seperti maklumat yang dapat dari Google.
Sangat bermanfaat ilmu yang diberi oleh Pn. Asiah.
Terima kasih Pn. Asiah

Seminar ini bukan sekadar teori semata2, tapi sampai di hati & minda saya
Teruskan perjuangan Pn. Asiah.

- Yuslina Ishak, Pensyarah, Sg. Petani, Kedah -

*******************************************

Hari ini saya faham sepenuhnya betapa banyaknya kelebihan susu ibu dan hari ini juga saya belajar terlalu banyak ilmu penyusuan yang saya teramat daif selama ini.
Terima kasih Pn.Asiah.

No words I can't say how good this seminar
Only my result will proof how effective this seminar for me.
We see together soon. I promise myself

- Norafiza Razak, Jurutera, Lembah Bujang, Kedah -

********************************************

Terima kasih Puan Asiah
Puan memberi saya harapan dan semangat yang baru kepada saya

Perjalanan untuk penyusuan ini bukan mudah, tapi, puan memberikan harpaan yang baru kepada saya.
Terima kasih.

Tak terhingga ucapan terima kasih saya
Semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkan segala urusan

- Izzati Abd Malik, Pelajar, Sg. Petani, Kedah -

*********************************************
Ya seminar ini bukan seminar penyusuan biasa2
Segala kemusykilan anda tentang penyusuan akan terjawab di sini
Seminar ini menjadikan mommies ibu yang nampak dengan jelas & lebih yakin untuk memenuhi hak anak anda hingga 2 tahun tanpa alasan lagi
Keyakinan & semangat anda juga akan meningkat luar biasa!!!!

Inshaallah saya akan menghadiri kelas gentle birth bermula bulan April 2015
Dan dijangka bersalin pada bulan May 2015
Bulan Jun dah mula puasa
Dan bulan Julai kita akan berhari raya

Jadi saya akan membuka semula pendaftaran untuk Seminar SMTS bermula bulan Ogos 2015

Siapa yang berminat nak join sila komen "Negeri pilihan", contoh "PAHANG"

Cukup minimum 15 orang kami buka pendaftaran Seminar SMTS di negeri anda bermula bulan Ogos 2015

Untuk info lanjut layari www.asiahmaharam.com/smts
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan


#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.susuibumeriah.com

No comments:

Post a Comment