Thursday 12 March 2015

BAYI BERMINAT NAK MAKAN SEAWAL USIA 6 BULAN???

Hari ni saya nak membincangkan isu yang agak sensitif tapi saya nak mommies mula berfikir menggunakan akal yang waras & terpulang masing2 nak terima atau tidak
Ini hanya perbincangan sahaja
Yang baik kita ambil yang buruk kita ambil pengajarannya

Telah digariskan bayi perlu diberi makan seawal usia 6 bulan kerana zat dalam susu ibu tidak mencukupi untuk menampung keperluan bayi telah saya kupas dalam entri sebelum ini, kini saya nak mengupas pula tentang bayi mula berminat nak makan seawal usia 6 bulan

Kita pernah dengar bayi ibarat kain putih kitalah yang mencorakkannya
Minda anak kita menyerap semua info yang dia terima daripada persekitarannya sehingga usia 6 tahun tanpa ditapis
Maksudnya dia akan meniru semua perkara yang berlaku di sekelilingnya tak kiralah baik atau buruk

Ok berbalik kepada minat bayi untuk makan seawal 6 bulan plus gigi yang mula tumbuh
Sejak dalam kandungan hinggalah dia dilahirkan kita sentiasa makan berdekatan dengannya
Bagi pandangan saya yang suka memerhati bermula usia 6 bulan bayi dah pandai meminta & menunjukkan minat untuk explore perkara baru yang menguji fizikalnya
Jadi tidak hairanlah kenapa dia mula berminat nak makan bila dia dah pandai meminta sebab dah terdedah sejak dia dalam kandungan lagi
Kalau perasan bukan sahaja makanan malah permainannya juga dimasukkan ke dalam mulut untuk mengenali barang yang dipegang melalui deria rasa

Jadi bagi saya point anak perlu diberi makan seawal usia 6 bulan kerana dia dah menunjukkan minat nak makan dirasakan kurang sesuai untuk menyokong  saranan itu

Berkenaan isu pertumbuhan gigi pula, ia sama seperti tumbesaran anggota badan yang lain.
Anggota itu mula tumbuh tak bermaksud ia perlu terus digunakan
Ia mengambil masa untuk mematangkan anggota itu supaya dapat berfungsi dengan baik
Contohnya mata bayi, penglihatannya kabur semasa dia dilahirkan, selepas beberapa bulan barulah dia dapat melihat dengan jelas
Begitu juga kaki, dah sempurna ciptaannya tapi kenapa tidak terus boleh berjalan??? pasti ada prosesnya kan?
Begitu juga gigi, itupun bukan dah tumbuh sepenuhnya pada usia 6 bulan tapi dah diberi makan

Ini sekadar pandangan seorang insan yang dah berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun tanpa makanan pelengkap & terlihat kelebihan yang diterima jauh lebih banyak berbanding anak yang dah mula diberi makan seawal usia 6 bulan

Again ia bukan kewajipan
Setiapa individu ada cara tersendiri untuk membesarkan anak masing2
Terpulang pada anda untuk meneruskan apa yang sedia ada atau mencuba sesuatu perkara baru yang mendatangkan lebih banyak manfaat dalam kehidupan anda

Tapi nak cuba sesuatu yang baru tu kenalah dengan ilmu
Jangan main ikut2 at last situasi menjadi bertambah buruk

Jika ada sesiapa nak komen boleh utarakan di ruangan komen di bawah & kita diskus elok2 ya

Peace 😄😄😄😄

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.susuibumeriah.com
www.asiahmaharam.com/smts

No comments:

Post a Comment