Sunday 5 January 2014

PELANCARAN E-BOOK 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPPLEMENT


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Akhirnya e-book yang ditungu-tunggu telah pun siap & dilancarkan pada 25/11/2013. Lebih 100 unit telah terjual dalam masa sebulan!!! Terima kasih kepada mommies yang sudi membeli. Saya sumpah susu anda semakin meriah & mencukupi hingga anak berusia 2 tahun. Sebenarnya, saya sendiri  tidak percaya saya mampu menghasilkan e-book seperti ini & boleh diterima ramai. Mostly yang beli memberi komen yang positif. Kiranya ada bakat jugalah dalam penulisan kan. Hehehe.

Sesungguhnya ilham ini datang dari-Nya. Dia tahu apa niat suci saya. Idea terbitnya e-book  ini bermula apabila saya melihat kebanyakan info tentang penyusuan menerangkan terlalu umum & kurang jelas bagaimana cara untuk meningkatkan susu ibu. Kalau baca mesti ada rasa 'NAK WAT CANE EK'. Jadi, saya terpanggil untuk menerangkan secara lebih terperinci apa yang puan perlu lakukan langkah demi langkah. Hanya ikuti formula yang diberikan pasti susu puan akan meningkat hari demi hari.

Saya tak pernah lagi menghadiri mana-mana kursus laktasi apatah lagi menjadi pakar laktasi yang bertauliah. Saya hanya pakar dalam meningkatkan susu ibu tanpa supplement SAHAJA. Jika puan ada masalah penyusuan yang lain boleh rujuk pakar laktasi yang bertauliah. Namun, saya tak perlu tunggu untuk dapatkan sijil yang diiktiraf baru boleh bantu orang. Saya mulakan di mana saya boleh bermula. Sebab tu bila ada yang mempertikaikan tentang kredibiliti saya, saya tetap teruskan usaha saya kerana niat saya memang  nak bantu menyelesaikan masalah untuk meningkatkan susu ibu. Saya rasa berdosa kalau saya tak kongsikan dari sekarang sebab bila saya diamkan diri makin ramai ibu yang berhenti menyusukan anak kerana kurang ilmu. Alhamdulillah saya sendiri tak percaya fan saya dah mencecah puluhan ribu. Masa mula-mula dulu ada ratusan je. Dari situ saya semakin yakin apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat pada yang lain.

Sebenarnya, apa yang saya kongsikan dalam e-book adalah hasil pengalaman saya sendiri semasa mengumpul 1000oz dalam pantang. Bayangkan baby nak melekap je tapi berjaya kumpul stok sebanyak tu. Sebab itulah saya percaya jika puan amalkan secara berterusan pasti akan meningkat. Perubahan susu tidak akan mendadak kerana hormon prolaktin dirembeskan pada masa tertentu sahaja. Apabila buat secara konsisten barulah hormon itu dapat dirembeskan semakin banyak kerana adanya permintaan. Jadi semasa mengikuti formula tersebut puan perlu banyak bersabar. Buat secara berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu berturut-turut. Inshaallah ada berita gembira yang ingin dikongsikan nanti.

Semoga  ilmu yang saya kongsikan dalam e-book ini dapat memberi manfaat berlipat kali ganda daripada wang yang dilaburkan. Produk yang saya hasilkan semuanya dijual pada harga yang berpatutan supaya semua ibu di luar sana mampu memilikinya. Selamat membaca (^_^)

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan e-book terlajak laris di pasaran ini boleh hubungi saya di
Whatsapp 0186687420 atau email di myrasresources@gmail.com.


#AsiahMaharam#
(EXPERT IN INCREASING MILK PRODUCTION WITHOUT SUPPLEMENT)



1 comment: