Saturday 11 January 2014

MINI SEMINAR 'REAL DEMONSTRATION HOW TO INCREASE MILK PRODUCTION WITHOUT SUPPLEMENT'

Salam Ahad Mommies!!!

Semalam saya baru lepas membimbing ibu-ibu menyusu untuk berkongsi formula terpantas susu meriah tanpa supplement beserta latihan praktikal. Kadangkala dengan hanya membaca kita tidak nampak dengan jelas bagaimana ingin memulakannya. Dalam seminar ini saya ajar satu persatu dari mana perlu bermula & menerangkan secara terperinci agar mereka yang hadir nampak sangat jelas bagaimana nak meningkatkan susu supaya mencukupi untuk keperluan anak.

Saya rasa terharu sangat kerana mereka memberi kepercayaan pada saya untuk membimbing mereka walaupun saya tidak mempunyai apa-apa sijil laktasi. Yang lagi touching ada yang sanggup datang jauh dari Melaka, Negeri Sembilan & Pahang semata-mata untuk menimba ilmu daripada insan yang bukan siapa-siapa ini. Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri di mana formula itu telah terbukti berjaya mengekalkan susu saya sehingga kini tanpa mengambil sebarang supplement. Alhamdulillah genap setahun Aliya bulan ini membesar hanya dengan susu ibu sahaja tanpa makanan tambahan. Saya berazam untuk meneruskan penyusuan eksklusif ini hingga Aliya berusia 2 tahun seperti yang termaktub di dalam ayat Al-Quran berkenaan penyempurnaan penyusuan penuh hingga 2 tahun. Saya rasa bertambah yakin kerana ada Doktor yang berkongsi penngalaman pesakit yang membesarkan anaknya hingga 2 tahun hanya dengan susu ibu sahaja tanpa makanan tambahan.

Di bawah ini adalah  beberapa maklum balas daripada peserta seminar semalam:


 



Inshaallah saya akan meneruskan usaha ini supaya makin ramai ibu menyusu di luar sana dapat menjayakan penyusuan hingga 2 tahun. Amin ya rabb. (^_^)

Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar akan datang boleh hubungi saya di
Whatsapp 0186687420 atau email di myrasresources@gmail.com.

Layari www.facebook.com/babyasiah untuk mengetahui tips harian saya tentang penyusuan.

#AsiahMaharam#
(EXPERT IN ICREASING MILK PRODUCTION WITHOUT SUPPLEMENT)

No comments:

Post a Comment