Thursday 16 January 2014

KEGAGALAN PENYUSUAN BERPUNCA DARIPADA ORANG SEKELILING

Salam momimies!!!

Setujukah jika saya katakan yang kebanyakan mommies gagal menjayakan penyusuan disebabkan faktor orang sekeliling? Pasti ramai yang mengangguk tanda setuju.



Untuk menjayakan penyusuan mommies perlulah mempunyai keyakinan diri yang tinggi bahawa susu yang ada sentiasa mencukupi untuk anak tersayang. Apabila mommies rasa yakin mommies takkan rasa ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan walaupun orang sekeliling dah mula cakap yang susu tak cukup. Mommies tak mudah goyah dengan hasutan mereka. Hormon yang menyumbang pada penghasilan susu dipengaruhi oleh emosi kita. Jadi jika mommies mudah terpengaruh dengan orang sekeliling emosi mommies akan terganggu untuk terus fokus dalam usaha menghasilkan susu yang mencukupi & akhirnya susu akan mula merudum. Penyusuan nampak macam mudah bila anak nangis bagi terus tapi hakikatnya untuk mengekalkan kuntiiti susu yang sentiasa mencukupi memerlukan pengorbanan, komitmen & kesabaran yang sangat tinggi. Saya percaya mommies adalah insan yang luar biasa hebat. Jika anda tidak hebat tak mungkin anda mampu menanggung kesakitan ketika melahirkan. Saya doakan anda terus istiqamah dalam usaha mengekalkan susu supaya snetiasa mencukupi untuk anak tersayang. Anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya & susu ibu adalah hak mereka. Berikan haknya inshaallah hak kita juga akan terpelihara. (^_^)

Salam sayang,
#AsiahMaharam#
(EXPERT IN INCREASING MILK PRODUCTION WITHOUT SUPPLEMENT)

No comments:

Post a Comment