Tuesday 14 July 2015

SESI PAM WAKTU HARI RAYA

Saya tahu pastinya mommies akan skip pam setiap kali menjelang hari raya. Al maklumlah sibuk beraya ke sana sini sampai tak nampak jalan bila masa la nak curi masa mengepam ni. Lagi-lagi bila baby ada bersama. Hmmmm lagilah malas nak mengepam kan. Baik DF je senang.

Tak boleh macam tu mommies. Kebanyakan baby kita ni suka minum kejap2 ikut suka takde waktu yang tetap. Situasi ni akan membawa kepada masalah susu drop bila mommies mula bekerja nanti.

Jadi dalam entri kali ni saya akan berkongsi cara nak curi masa untuk mengepam sepanjang perayaan nanti. Waktu pam tu ikutlah jadual pam sedia ada atau lebih awal. Elakkan pam lewat daripada waktu yang sepatutnya.

1) Pam sebaik bangun tidur
Biasanya susu waktu ni agak meriah sebab baby minum sikit2 sepanjang malam. Kalau baby DF dua2 side mommies tak pam pun takpe. Tapi kalau dia hanya DF 1 side je mommies kena tandem kalau masa mommies mengepam tetiba baby nak menyusu

2) Pam dalam kereta
Perjalanan nak ke rumah sedara mara kadangkala makan masa yang agak lama. Jadi mommies boleh pam semasa dalam kereta. Cara ni sesuai untuk mereka yang tak menumpangkan sesiapa. Kalau ada parent sekali atau sedara yang lain dalam kereta agak kurang sesuai untuk mengepam dengan keadaan kereta yang agak padat.
Jasi saya sarankan pam macam ni bila anak ada dalam 3 orang ke bawah (macam saya..hehehe..)
Guna nursing pillow & pusing ke sisi untuk baringkan baby. Jadi takdela dia dok tendang botol tu nanti. Kalau dia dah nyenyak tidur better letakkan dulu dalam car seat atau letakkan nursing pillow di seat sebelah anda.
Mommies & baby kena duduk belakang taw bukan di seat depan.

3) Pam di rumah yang diziarahi
Setiap kali sampai di rumah yang diziarahi bawa turun sekali kelengkapan mengepam & cooler bag. Kalau ada susu yang dah dipam & icepack mula mencair tumpanglah letak kat peti sejuk tuan rumah tapi jangan lupa ambil balik lepas tu. Sampai je rumah mereka terus minta izin nak susukan baby dalam bilik. Haaaa masa tulah buat tandem. Pam sambil menyusu. Kenapa sampai2 kena terus mengepam??? Sebab lepas tu kita banyak masa nak borak & menjamu selera. Lagipun pastinya susu kita dah lama terkumpul masa dalam perjalanan nak ke rumah mereka. Jadi kosongkanlah dulu breast kita sebelum buat benda lain kay.

Nah, inilah masa yang mommies boleh ambil untuk curi masa mengepam. Kalau sebelum tidur pastinya mommies dah letih kan. Sampai2 rumah lepas mandi mesti nak DF je & terus tidur.

Inshaallah jika mommies follow masa yang saya sarankan di atas susu mommies akan maintain bila masuk bekerja nanti. Kalau drop pun tak banyak.

Selamat mencuba. (^_^)


*******************************************
Susu mommies tetap drop lepas raya??
Nak belajar teknik untuk tingkatkan susu dengan cara yang lebih mudah tanpa suplemen??

Usah risau!!!

Beri masa anda 1 hari sahaja untuk saya kongsikan dari A-Z bagaimana untuk maintain susu walaupun tanpa suplemen & menjayakan penyusuan hingga 2 tahun plus BONUS:
♡ bina kekuatan dalaman yang luar biasa
♡ praktikal in real bukan replika
♡ belajar perkara penting untuk persediaan kelahiran secara alami

Jumpa mommies di SEMINAR SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN

#SeminarSMTS
Putrajaya 29/08/2015
Johor 05/09/2015
Seremban 06/09/2015
Kota Bharu 19/09/2015
Kuantan 20/09/2015
Kedah 03/10/2015
Penang 04/10/2015
Perak 17/10/2015
Shah Alam 31/10/2015
Sabah 07/11/2015
Sarawak 08/11/2015

♡JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% JIKA DAH HADIR TAPI TAK BERPUAS HATI!!!

♡FREE E-BOOK 6 FORMULA TERPANTAS TANPA SUPPLEMENT UNTUK 50 ORANG TERAWAL SAHAJA!!!

♡SPECIAL FEE UNTUK MOMMIES YANG NAK RECHARGE!!!

♡PELUANG DIJEMPUT KE "SECRET GROUP" UNTUK SUPPORT EACH OTHER!!!

Untuk pendaftaran layari
==> www.asiahmaharam.com/smts
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan

Jika mommies tinggal luar daripada kawasan usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE

Atau dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di
==>www.susuibumeriah.com

TESTIMONI PESERTA SEMINAR
1) Watch "Kisah Kejayaan Alumni Peserta SSMTS" on YouTube - https://youtu.be/4QhH6kiMA5s

2) Watch "KISAH KEJAYAAN SEMINAR SMTS 21032015 part 1" on YouTube - https://youtu.be/DKmklzYeCu0

#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com

" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "


No comments:

Post a Comment