Untuk panduan diri
sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan
penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu
terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamat untuk diminum mengikut
cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.
Menyimpan Susu Ibu:
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan
dalam peti sejukbeku, termasuklah bekas dadih.
- Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh
merosakkan susu.
Membersihkan Bekas Penyimpanan:
- Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas
dengan air panas.
- Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
- Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan steriliser.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
- Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
- Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
- Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk
mengelakkan pembaziran.
- Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya
dengan susu yang sudah sedia sejuk.
- Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci
untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di
wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan susu.
Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
- Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
- Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
- Peti sejuk 1 pintu:
- Bahagian fridge 4°C: 5 hari
- Bahagian freezer -15°C: 2 minggu
- Peti sejuk 2 pintu:
- Bahagian fridge, 4°C: 5 hari
- Bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3 bulan
- Deep freezer -20°C: 6 bulan
Penting!!!
- Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak
digunakan dalam masa 4 jam selepas diperah.
- Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk
peti ais (jauh daripada pintu).
- Jika telah melampaui masa simpanan, jangan
sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
- Susu ibu yang asalnya beku dan telah
dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti
ais.
- Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas
dicairkan.
- Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan
susu yang lama dahulu.
- Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di
bahagian fridge semalaman atau
- Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air
paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam
pula untuk terus mencairkannya.
- Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu
tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
- Jangan mencairkan atau memanaskan susu di
dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
- Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa
kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
- Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
- Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan
senyum dengan bayi.
- Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
- Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang
selebihnya
Maklumat
Tambahan
1. Susu yang diperah di
pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat
(jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang
berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke
rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal
sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada
hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana
susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam
keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun
sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula.
Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan
(digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di
bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer)
jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5
susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku
untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan
beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan
namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding
susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding),
susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi
keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan
kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih
boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan
berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam).
Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu
dibuang.
*******************************************
Susu mommies tetap drop lepas raya??
Nak belajar teknik untuk tingkatkan susu dengan cara yang lebih mudah tanpa suplemen??
Usah risau!!!
Beri masa anda 1 hari sahaja untuk saya kongsikan dari A-Z bagaimana untuk maintain susu walaupun tanpa suplemen & menjayakan penyusuan hingga 2 tahun plus BONUS:
♡ bina kekuatan dalaman yang luar biasa
♡ praktikal in real bukan replika
♡ belajar perkara penting untuk persediaan kelahiran secara alami
Jumpa mommies di SEMINAR SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN
#SeminarSMTS
Putrajaya 29/08/2015
Johor 05/09/2015
Seremban 06/09/2015
Kota Bharu 19/09/2015
Kuantan 20/09/2015
Kedah 03/10/2015
Penang 04/10/2015
Perak 17/10/2015
Shah Alam 31/10/2015
Sabah 07/11/2015
Sarawak 08/11/2015
♡JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% JIKA DAH HADIR TAPI TAK BERPUAS HATI!!!
♡PELUANG DIJEMPUT KE "SECRET GROUP" UNTUK SUPPORT EACH OTHER!!!
Untuk pendaftaran layari
==> www.asiahmaharam.com/smts
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan
Jika mommies tinggal luar daripada kawasan usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE
Atau dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di
==>www.susuibumeriah.com
TESTIMONI PESERTA SEMINAR
1) Watch "Kisah Kejayaan Alumni Peserta SSMTS" on YouTube - https://youtu.be/4QhH6kiMA5s
2) Watch "KISAH KEJAYAAN SEMINAR SMTS 21032015 part 1" on YouTube - https://youtu.be/DKmklzYeCu0
Susu mommies tetap drop lepas raya??
Nak belajar teknik untuk tingkatkan susu dengan cara yang lebih mudah tanpa suplemen??
Usah risau!!!
Beri masa anda 1 hari sahaja untuk saya kongsikan dari A-Z bagaimana untuk maintain susu walaupun tanpa suplemen & menjayakan penyusuan hingga 2 tahun plus BONUS:
♡ bina kekuatan dalaman yang luar biasa
♡ praktikal in real bukan replika
♡ belajar perkara penting untuk persediaan kelahiran secara alami
Jumpa mommies di SEMINAR SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN
#SeminarSMTS
Putrajaya 29/08/2015
Johor 05/09/2015
Seremban 06/09/2015
Kota Bharu 19/09/2015
Kuantan 20/09/2015
Kedah 03/10/2015
Penang 04/10/2015
Perak 17/10/2015
Shah Alam 31/10/2015
Sabah 07/11/2015
Sarawak 08/11/2015
♡JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN 100% JIKA DAH HADIR TAPI TAK BERPUAS HATI!!!
♡PELUANG DIJEMPUT KE "SECRET GROUP" UNTUK SUPPORT EACH OTHER!!!
Untuk pendaftaran layari
==> www.asiahmaharam.com/smts
Hubungi 0123443252 untuk sebarang pertanyaan
Jika mommies tinggal luar daripada kawasan usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE
Atau dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di
==>www.susuibumeriah.com
TESTIMONI PESERTA SEMINAR
1) Watch "Kisah Kejayaan Alumni Peserta SSMTS" on YouTube - https://youtu.be/4QhH6kiMA5s
2) Watch "KISAH KEJAYAAN SEMINAR SMTS 21032015 part 1" on YouTube - https://youtu.be/DKmklzYeCu0
#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.asiahmaharam.com
" EDUCATE, INSPIRE & ADD VALUE TO BREASTFEEDING MOM "
No comments:
Post a Comment