Sebelum ini ada yang komen jika kita melayan tangisan anak bawah 2 tahun dia akan manja sesangat sampai tak boleh nak berenggang dah
Pasti ibu bapa risau nak hantar anak kepada pengasuh & tak boleh pergi kerja kan
Selepas saya tahu tangisan anak 2 tahun ke bawah adalah kerana nak kita penuhi keperluannya bukan kehendak saya baru tersedar perbezaan sikap di antara anak pertama & kedua saya pada usia yang sama
Pengalaman membesarkan anak pertama dengan kurang ilmu membuatkan saya sering membiarkan tangisan dia lama2 tika usianya bawah 2 tahun
Kononnya nak train dia tak manja sangat dengan saya
Tapi saya perhatikan selepas dia makin membesar dia kerap memberontak & bila merajuk sampai sejam nak pujuk
Jauh berbeza dengan adiknya yang sering saya layan tangisannya bawah 2 tahun, dia kurang nak memberontak pada usia yang sama & rajuknya hanya beberapa minit sahaja
Dari segi kemanjaan memang nampak adiknya lebih manja
TAPI..... bukan manja terlampau sampai saya tak boleh buat apa2 ya
Saya perhatikan Aliya suka ada dekat dengan saya tapi tak ganggu kerja saya
Maksudnya saya masih boleh buat kerja lain & dia duduk berdekatan saya
Pandai je dia main sendiri...
Kalau nak pergi tandas saya akan cakap baik2 dengan dia
"Sayang..ibu nak pi tandas taw..kejap je..Aliya tunggu ibu jap ye"
Then dia angguk2 & tunggu saya di luar pintu tandas tanpa menangis
Pernah saya & husband pergi seminar dari pagi sampai malam selama 4 hari
Mula2 tu kami risau jugak dia takleh nak berpisah
Syukur alhamdulillah
Masa kami nak pergi je dia nangis lepas tu saya call nak cakap dengan dia ok je siap gelak2 lagi
Menangis semasa moment kita nak tinggalkan dia bukan bermaksud dia manja terlampau
TAPI.... since kita dah create bonding yang kuat dia rasa tak sanggup nak berpisah dengan kita
Lepas tu nanti ok je
Takdela dia menangis seharian dengan orang yang jaga tu
Cer bayangkan anak kita jenis tak kisah langsung bila kita nak tinggalkan dia
Maksudnya dia tak heran la ibu bapa dia ada atau tak
Cane hubungan kalian bila dah dewasa nanti
Itu yang anak2 lebih suka bergaul dengan kawan2 berbanding ibu bapa
Lebih pentingkan kawan daripada ibu bapa
Nauzubillah ada yang sampai sanggup hantar ke rumah orang tua sebab takde sorang pun anak dia nak jaga dia masa dah tua
Inilah salah satu sebab yang kita pandang silap tapi hakikatnya jika dibiarkan ia boleh menjadi lebih parah!!!!
Please mommies & daddies layanlah tangisan anak anda bawah usia 2 tahun
Kalian akan nampak beza sikap anak ini apabila dia kian membesar
Salah satu cara adalah dengan menyusukan anak dengan susu ibu
Percayalah dia akan tetap pandai berdikari tapi pada masa yang sama tetap ingat ibu bapanya walau di mana dia berada
P/S: Sila share jika mommies rasa ia sangat membantu mommies lain di luar sana
==================================
Jika mommies ingin menjayakan penyusuan hingga 2 tahun dengan cara yang lebih mudah, relax & jimat masa, tak perlu berhabis duit untuk beli suplemen mahupun instant milkbooster
Daftarkn diri segera di seminar SMTS
PM "Seminar (negeri pilihan)" contoh "Seminar Johor" di MESSAGE FB
Hubungi 0123443252 untuk seberang pertanyaan
Pendaftaran akan dibuka semula pada bulan Ogos 2015 selepas Hari Raya Aidilfitri
Jika mommies tiada masa hadiri seminar usah risau.
Mommies boleh sertai online coaching MENTOR MENTEE
ATAU
Dapatkan ebook 6 FORMULA TERPANTAS SUSU MERIAH TANPA SUPLEMEN di www.susuibumeriah.com
#AsiahMaharam
JURULATIH KEJAYAAN PENYUSUAN EKSKLUSIF TANPA SUPLEMEN
www.susuibumeriah.com
www.asiahmaharam.com/smts
No comments:
Post a Comment